Baca dulu yang ini: Utusan Malaysia 26 Okt 2010
Lucut kerakyatan dalangi demo anti-Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan digesa menyiasat dakwaan tentang terdapat pemimpin politik tempatan yang mendalangi tindakan kumpulan pelampau Indonesia yang menganjurkan demonstrasi anti-Malaysia di Jakarta baru-baru ini.
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, jika benar mereka terlibat, kerakyatan pengkhianat negara itu sepatutnya dilucutkan kerana cuba memburuk-burukkan negara dengan menggunakan pihak luar.
“Saya minta kerajaan siasat dakwaan ini dan membentangkan segala bukti di Dewan Rakyat agar dapat kita lucutkan kerakyatan pengkhianat negara ini. Namun, saya harap cerita penglibatan pemimpin pembangkang dari Jakarta ke Putrajaya ini tidak benar.
“Saya juga menyeru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati kawan-kawannya yang amat berpengaruh di Indonesia kerana beliau pernah memberitahu saya dulu, pengaruhnya di kalangan pemimpin luar negara amat kuat sehingga dia yakin boleh menang jika bertanding jawatan Presiden Indonesia,” ujarnya.
Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini, Zahrain turut membidas tindakan pembangkang yang mempertikaikan kos perbelanjaan bagi perjalanan rasmi pemimpin tertinggi negara.”
Bakal Presiden Indonesia
Menarik juga kenyataan Anwar ni. Jadi tak perlulah kita risau lagi. Putrajaya dalam keadaan selamat.
Apa yang perlu kita buat sekarang ialah mengajak ahli-ahli PKR supaya kembali ke pangkal jalan, kembali menyokong BN.
Anwar@Mr Predator dah tak pandang sebelah matapun kepada sokongan ahli-ahli partinya sendiri.
Dia sedar sangat kebanyakan ahli-ahli PKR dah meluat dengan kisah-kisah buruk peribadinya.
Patutlah sejak kebelakangan ni dia selalu berulang ke Jakarta.
Patut sangatlah juga dia tak peduli nak menolong rakan sekandangnya sedang bergelut di PRK Galas. Dia tak berahi padamu dah !!!
Dakwanya, dia punyai lebih ramai penyokong yang seikhlas hati menyokongnya di luar negara, hingga bila-bila masa boleh menang jika bertanding jawatan Presiden Indonesia. Caya lah!!!
Rupanya dia dah tak minat nak kuasai Putrajaya. Nafsunya kini nak menguasai Istana Presiden Indonesia.
Jadi, ahli-ahli PKR apa ditunggu lagi...apa rasionalnya lagi anda menyokong Parti Ke Rahmatullah itu?

