Alhamdulillah! Kita Menang!!! Allah Makbulkan Doa Kita!!
Tahniah Abdul Aziz Yusoff dan Datin Linda Tsen !!
Tahniah rakyat Galas dan Batu Sapi!!
Anda telah membuat pilihan yang bijak untuk masa depan anda dan anak cucu anda..
Kepada jentera Barisan Nasional dan barisan blogger pro BN, usaha keras dan niat ikhlas anda telah dimakbulkan oleh Allah Taala.
Barisan Nasional memang layak menang kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam usaha membela nasib rakyat.
Tapi jangan cepat lupa diri...kita ada misi yang lebih besar pada PRU 13 nanti !!
Kepada BN, lunaskan segera janji-janji anda, jangan lupakan jasa baik pengundi-pengundi yang memberi kepercayaan kepada anda..
Ini jelas menunjukkan kepimpinan Dato’ Seri Najib telah mendapat kepercayaan rakyat dan rakyat menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap Kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib mereka.
Jelas rakyat tidak mahu lagi diiniaya oleh PAS, DAP dan PKR...ucapkan selamat jalan kepada Pakatan Haram dalam PRU 13 nanti..






