Akhirnya!! Patah juga dahan Parti Kian Reput (PKR).....
Aku tengah sedap menjamu selera dengan tosei gula dan nescafe tarik di restoran mamak Vargina depan Desa Aman 2 petang tadi.
Dari jauh aku nampak Lan Mantoya terdengkut-dengkut datang ke arah aku.
Apa kena pulak Mantoya ni??, kataku dalam hati sambil melambai mengajaknya duduk minum.
“Aku accident la dekat Bukit Angkasa semalam. Nasib baik tak patah riuk... Cuma kepala lutut aku ni ha, terkehel dan siku aku luka sikit..” kata Mantoya tanpa ditanya..mintak simpati aku la kononnya tu...
“Bukan kau tak tau Jang, kalau waktu pagi kat Bukit Angkasa tu semedang je penuh sesak ngan kenderaan, jam nya ya amat teruk. Jalan ada dua lane, tapi tinggal satu lane aje. Mana taknya, kedai dan gerai-gerai buruk di tepi-tepi jalan tu la penyebabnya..peh tu ramai pulak yang parking sampai makan jalan..tak berdisiplin betul la diorang tu...” gerutu Mantoya..
O...paham la aku...Mantoya ni mesti kena sondol masa merempit di celah2 kereta yang berderet di Bukit Angkasa tu...
Ai...masalah macam ni punya ciput pun Nurul Izzah tak boleh nak settle?
DBKL dah sediakan tempat berniaga di Dataran Angkasa, peniaga-peniaga ni tak mau pindah. Mana tidaknya Nurul Izzah menghasut diorang supaya jangan pindah kalau tak dibayar ganti rugi..apa jenis pemimpin macam ni???
Ish..memang kau tak layak jadi pemimpin pun..
Baik kau letak jawatan jer Nurul Izzah..sebelum lebih ramai orang Pantai Dalam tergolek kat Bukit Angkasa ni..kau bukannya kisah pun..
“Eh, kau tak tau ker Jang..Zaid Ibrahim tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR,” kata Mantoya tersengih...
Aku tak terkejut pun...tengahari tadi aku dah tau.
Bagi aku, sebelum PKR ni diisytiharkan lingkup... lebih baik la penyokong-penyokong PKR ni keluar parti beramai-ramai secara terhormat..
Buat apa buang masa menyokong parti huru-hara dan takde masa depan...
Anwar bermimpi nak menakluki Putrajaya, tapi korang tetap juga akan tinggal di Pantai Dalam... walau pun berpeluh ketiak korang berjuang nak menjayakan cita-cita peliwat bersiri ni...
Takkan dihangkutnya korang duduk ngan dia di Putrajaya tu...
Daripada berjuang untuk Nuar Berahim, baik korang bersatu dan berjuang untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa Melayu, dari dipijak-pijak oleh DAP, anak komunis tu..
Tak kiralah apa orang nak kutuk Zaid Berahim ni...bagi aku, dia seorang yang bijak kerana membuat keputusan untuk keluar dari sarang lelabah PKR. Lagi lama kau duduk dalam Parti Kian Reput tu, makin teruk kau terbelit dek kroniknya masalah dalaman parti..sia-sia je kau jadi peguam ternama, kena buli dek Nuar Berahim dan Azmin.
Aku simpati juga dengan Zaid....Semua orang heran, elok-elok dah mengatasi Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden, tiba-tiba dikatakan tersalah kira undi.. Apa punya baghal la orang PKR ni...semua tak pas matematik agaknya..tapi sebenarnya semua dah tau sapa punya kerja ni...
Dah letak semua jawatan tu, baik kau storykan perihal kebusukan, penipuan wayang kulit yang dimainkankan oleh Nuar Berahim dan kroni-kroninya. Bersihkan nama kau...Biar semua orang tahu..betapa bodonya kalau terus membabi buta menyokong PKR..
Alangkah ruginya bangsa Melayu berpecah belah, maruah bangsa tergadai kerana seorang peliwat bersiri ini...
Aku tengok berpeluh-peluh Mantoya mengunyah capati cheese cicah sambal, kesian pun ada aku tengok kawanku ni..
Takpe lah Mantoya...janji kau, keluarga kau dan masyarakat sekitar Pantai Dalam ni dah sedar, dan kembali ke pangkal jalan...pastikan BN bertakhta kembali di Lembah Pantai ni...
Takda gunanya jadi barua peliwat bersiri yang mukanya ala-ala Predator tua tu....buat menjahanamkan bangsa je..
Otai-otai di Galas pun dah kembali yakin kepada BN, orang Pantai Dalam, Lembah Pantai ni, apa tunggu lagi???