Cerita banyak pun tak guna. Kita dah kebas dengan penipuan terang-terangan bapak Bewak ni. Kalau betul sakit tulang belakang, hari ni (sabtu) boleh pulak meloncat lagi ke Sarawak. Takkan masuk ICU dua hari je dah sihat?
Nak ke Penang katanya tak larat. Bukan apa, itu alasan bapak Bewak ni, takut orang kampungnya pulak tanya soalan cepumas pasal video Hikayat Bewak dan Amoi.
Kata kawan sekerja aku yang berasal dari Permatang Pauh, Bewak ni ada sekumpulan pengikut sangat obses di kampungnya tu. Mereka sangat-sangat percaya Bewak ini manusia yang suci dari sebarang dosa. Golongan ini, kalau Bewak tu suruh terjun bangunan setinggi 10 tingkat pun diorang terjun. Begitulah taat setianya mereka pada bapak Bewak ni. Bukan pasal diorang bodoh ke apa ke..pasal Bewak ni sejak dari zaman budak lagi memang tunjuk karektor yang sangat-sangat baik. Jadi, apa saja kejahatan yang Bewak ni lakukan, diorang shut off. Tak mau percaya sama sekali.
Tapi, bila tersebarnya video Hikayat Bewak dan Amoi yang terang-terang pamer muka Bewak ni, tentu kepercayaan golongan ini tergugat sikit sebanyak. Berbanding dengan Azizah yang tak kenal laki sendiri, diorang sangat kenal Bewak ni sejak kecik lagi. Kalau tengok hujung rambutpun diorang boleh kenal siapa. Inikan pulak bukan main jelas mukanya, separuh bogel dengan pakai tuala putih je tu. Koman-koman pun, Tok Mudim yang sunatkannya dulu, mesti kenal.
Manalah tau, kot-kot ada yang terpacul mulut bertanyakan sendiri pasal lakonan mantapnya tu. Daripada terkantoi buta-butaa, baik tak usah datang terus. Mana tau kot peristiwa antara Bewak dan Tuai Rumah Sarawak tu berulang lagi. Tentu leceh macam ni....









