MEMBER KETAT GUA

Tuesday, May 24, 2011

MINYAK GAMAT, BOLEH LA DIORANG KASI TURUN HARGA....




ISH....NAMPAK LAK BULU TANGAN AKU YG SEKSI TU.....

Aku bukan cakap besar, aku tak pakai minyak RON95. Eh, bukan aku pakai diesel, aku memang pengguna setia RON97. Masa harga RON97 naik mencanak ari tu, aku try gak pakai RON95. Tapi kesian kereta aku, macam lelaki muda dapat bini yang dah nak expired. Tak stim bila membesit, selalunya dari KL ke Ipoh hanya satu jam, tetiba makan masa 2 jam. Sayang enjin kereta Bro...mengerang jer... Mahal pun, aku pejam mata je lah pakai balik RON97. Yang penting, kualiti baik. Aku paham, kerajaan dah tak tertanggungkan subsidi RON97 tu akibat harga minyak dunia melambung. Bukan senang keluarkan subsidi hingga 131 billion semata-mata nak bagi rakyat senang lenang. Banyak benda lain lagi boleh disettle dengan duit banyak tu.
Tadi aku dengar Pakatan Rakyat dicabar oleh Datuk Ahmad Maslan turunkan harga RON97 dari RM2.90 seliter kepada RM1.90 di negeri yang diorang perintah. Teruja aku. Huh, Pakatan Haram kalau terer sangat, apa lagi? Berlenggang-lenggok aku dengan sukacitanya akan pegi isi minyak kat PJ, belakang rumah aku jer. Tapi, nama aku nak ngundi Pakatan Haram, sori. Ala macam diorang buat kat Kerajaan Pusat jugak la...segala subsidi, infrastruktur yang kerajaan bagi diorang belasah bagai nak mampus hingga kembong perut. Nama nak ucap terima kasih kat kerajaan, haram.
Begitu jugak dengan harga barang-barang lain, terutamanya harga makanan. Kalau Pakatan haram rasa diorang boleh popular dengan cara itu. Kasi turun lah. Kalau hebat sangat, bagi free kat rakyat lagi bagus. Baru la cakap serupa bikin. Jangan asek menyalak salahkan kerajaan bila harga barang naik. Bila harga barang turun, tak pulak diorang cakap terima kasih kat kerajaan. Pakat diam jer, bedal selagi mau, rahmat yang kerajaan BN beri.
Kalau ikutkan kelentong Nuar Brahim, mau bankrap Malaysia ni. Mampu ke diorang kasi subsidi macam yang Kerajaan Pusat kasi kat kita sekarang? Banyak benar ke pengalaman mereka mentadbir ekonomi negara? Setakat kempen guna air liur boleh la. Punaisihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit berkelulusan bachelor Pengajian Melayu tu, harap kelentong ajer berdegar-degar, berak atas gelegar. Habuk pun tarak. Macam le kita tak pernah kena tipu idup-idup dek dia. Entah 16 September tahun bila dia nak jadi PM, aku pun tak tau.  
Tu tak masuk penipuan kecik-kecik lain lagi tuu..Hari ni dah dikatakan sakit mental kronik lak tu.. Ish..toksah pecaya laa..Usahkan nak turun harga minyak, turunkan totey dia pun tak mampu....Piiiirah!

ESKAY BUAT ANWAR BENGKAK OTAK!


Rupa-rupanya dia Gila???
LARISNYA UTUSAN MALAYSIA HARI NII...!!!
Rupanya dalam nak boikot Utusan Malaysia, kata mamak Shukran, yang paling ramai beli Utusan hari ni ialah puak-puak PKR tu sendiri. Diorang nak baca apa kata  Datuk Eskay tentang Anwar hari ini. Tentu ada yang gempak. Rugi la kalau tak tau apa ceritanya. Mulut kata tak nak baca, tapi hati tergedik-gedik nak baca jugak. Nak pinjam kat orang, malu sebab dah bersorak kata nak boikot...last-last..pegi beli la jugak..
Hari ni terpampang dalam Utusan, Eskay kata Anwar mengidap sakit mental kronik. Bukan sakit mental biasa. Kronik. Senang cakap, gila la tu. Emosinya tidak stabil macam orang lain. Memang Eskay bukan pakar psikiatri, tapi dia kawan baik Anwar. Tentu dia tau Anwar luar dalam. Kalau Eskay sudah mengakuinya secara terbuka, maknanya Anwar ni sangat berbahaya. Dia tak wajar dibiar bebas merata-rata. Dia tak boleh dibiarkan bergaul tanpa kawalan. Siapa nak terdedah kepada bahaya? Malang sungguh siapa yang rajin benar pegi mendengar ceramah dia. Rupanya mendengar ceramah orang gila. Paham-paham aje lah kalau dengar orang gila bercakap. Ikut suka dia ajelah. Patut pun apa yang dicakapkannya tu berulang-ulang, berbalik-balik, bohong, fitnah..maki hamun, carut marut... Kengkadang isu yang dia sendiri tak tau pun dibelasahnya, asal dapat kutuk PM dan kerajaan, asal orang simpati dan percaya pada dia, dia akan buat apa saja macam orang hilang akal.
Kata orang...orang gila ni boleh nampak benda pelik-pelik yang orang lain tak nampak. Kengkadang dia nampak manusia sebagai binatang yang nak menyerang dia. Dia pun mengamuk atau serang balik untuk menyelamatkan diri. Tu pasal banyak terjadi kes, orang gila mengamuk cederakan orang dan bunuh mak bapak sendiri pun ada. Aku suspek Anwar ni nampak Amoi tu sebagai Azizah yang mengancam dia, tu yang dia hantam sampai amoi tu termuntah!
Satu lagi bukti Anwar sakit mental ialah, perawakannya macam orang baik-baik. Penampilannya macam orang mulia keturunan bangsawan. Tapi perangai sehebat setan. Mana ada orang baik-baik berkonspirasi menjatuhkan Perdana Menteri yang rakyat sangat sayangi? Mana ada orang mulia-mulia sebar fitnah Perdana Menteri terlibat membunuh pelacur? Mana ada orang baik-baik memusnahkan masa depan negara dan bangsa sendiri? Mana ada orang beriman meliwat sesama jantan? Melanggan pelacur? Sekali pandang secara fizikal, memang susah nak percaya dia lakukan semua tu. Tapi rupa-rupanya dia mengidap mental disorder yang serius. Baik kita berjaga-jaga sebab kita tak tau apa ada dalam kepala orang gila. Entah apa pulak plannya untuk jahanamkan negara.
Takkan kita nak orang gila jadi pemimpin negara kita?

Monday, May 23, 2011

CE CITER...BANGSA APA YG KUAT YAM SENG DI MALAYSIA NI?



The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Dengan modal terbaru ni, berkokoklah pemimpin mengutuk kerajaan, kononnya tak mampu mengatasi masalah ini walaupun Islam adalah agama rasmi negara ini. Huh, menyalahkan orang memang sedap, kan? Tanggungjawab mereka sendiri sebagai parti yang sepatutnya menegakkan agama Islam, diorang lupa, atau buat-buat lupa kerana nak popular di kalangan geng Pakatan Haram. Tak jugak naik darjatnya sama tinggi ngan DAP.
Exco negeri mana yang mengamuk serupa orang hilang akal bila arak haram dijual di kedai serbaneka 24jam ari tu? Kawan sapa tu? Kan kawan penganut2 PAS ni jugak? Kerajaan dah kuatkuasakan undang-undang arak hanya boleh dijual kepada orang bukan Islam saja. Orang Islam yang ditangkap minum arak, ditangkap, dibicarakan dan dihukum sewajarnya. Siap kena sebat lagi. Tak cukup tu? Kerajaan jugak melalui Kementerian Kesihatan tak henti-henti berkempen tentang bahaya minum arak, anjur kempen pemulihan. Itu pun tak betul lagi? PAS ada buat begitu di negeri mereka? Diorang tak sedar rakyat dibawah perintah mereka pun ramai yang togok arak.
Minum arak ni, bukan ada sesiapa paksa. Kalau dah memang nak jadi setan, kerajaan kawal macam manapun, jadi setan jugak. Buat benda yang mudharat ni memang seronok, tambah lagi kalau curi-curi.
Daripada membebel menyalahkan kerajaan, apa kata PAS sama-sama tolong kerajaan menyedarkan rakyat tentang keburukan minum arak ni. Ada jugak faedahnya. Gunakan ilmu agama yang tinggi sangat tu untuk sedarkan rakyat dan kawan-kawan DAPnya tu tentang dosa, bahaya dan kesan buruk minum arak. Ni, aku tengok dalam Haramkah, siap sindir kerajaan, ucap tahniah tak ikhlas lagi tu..Cer kabo, apa faedahnya?

Sunday, May 22, 2011

DIA FITNAH KITA FITNAH







Baca dlm Kedah La Nie: DIA FITNAH KITA FITNAH

iye ke itu macammm...........???



Ini muka orang kena fitnah ker?? 





SALAH LAGI KE UMNO DAN KERAJAAN BN?




 
HULU LANGAT, 22 Mei - Tan Seri Muhyiddin Yasin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
"Begitu juga segala keperluan pengkebumian mangsa yang meninggal dunia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pusat," katanya kepada media ketika melawat tempat kejadian.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum memutuskan langkah seterusnya. Beliau berkata, kejadian malang itu mungkin berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil dan hujan lebat.
"Saya telah mengarahkan Datuk Noh Omar (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menguruskan segala urusan berkaitan kejadian ini," katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin merakamkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa kejadian malang itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan ucapan yang sama. "Turut merakamkan ucapan takziah dan simpati, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah," katanya.

Dari: Brader Kem Balak Enterprise...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...