DARIPADA TERTONGGENG KAT PERHIMPUNAN HARAM BERSIH, BAIK JOM RAMAI-RAMAI TONTON KONSERT ROCK SWEET CHARITY DAN BLUES GANG PADA 9 JULAI INI. GERENTI BEST WO...WA CAKAP LU...SURE TAK KENA TANGKAP, SURE TAK KENA LOKAP. JANJI ROCKKKK!!
PEH!!!...CAKAP BANYAK PUN TAK GUNA....KORANG NAK LAGI STIM, BACA LA MAKLUMAT KAT BAWAH NI.....
KONSERT 2 RAKSASA 2011
Benar, ia adalah satu realiti yang cukup menguja dan mengagumkan. Sweet Charity dan Blues Gang akan kembali menggoncang dunia muzik Malaysia!
Pada 9 Julai 2011, kedua band gergasi ini akan bergabung semula di stadium bersejarah, Stadium Merdeka Kuala Lumpur bagi menyalakan kembali fenomena muzik yang pernah mereka cetuskan dahulu. Selepas 27 tahun berlalu, sejarah bakal berulang dan ia pasti menghangatkan lagi arus muzik rock Malaysia – Singapura.
Tetapi, ia lebih kepada satu pernyataan bahawa mereka adalah sebenar-benarnya dua band RAKSASA yang pernah mencipta satu sejarah yang cukup hebat suatu ketika dahulu dan kini tiba masanya untuk menghidupkan kembali serta mempamer TENAGA serta JIWA muzik yang telah menjana Konsert Raksasa 84 kepada generasi sekarang.
Bagi yang hanya pernah ‘mendengar’ kehebatan dua lagenda ini, KONSERT 2 RAKSASA 2011 pasti ialah tempatnya untuk membukti dan menyaksikan sendiri. Bagi yang pernah menonton mereka 27 tahun lalu, ini adalah peluang yang jarang terbuka untuk membangkit semula memori lama dan menikmati muzik hebat, yang terbit dari jiwa dua band lagenda rock dan blues Singapura – Malaysia…
Jim Madasamy, pemain bass Blues Gang pernah berkata di akhbar New Straits Times, “dahulu, kami tidak bergantung kepada gajet atau peralatan canggih untuk mendapatkan bunyi mantap. Sebaliknya, ia perlu banyak skil, penghayatan dan ekspresi.” Elemen-elemen muzikal inilah yang kita nantikan dari Sweet Charity dan Blues Gang di konsert 2 Raksasa ini.
SWEET CHARITY terdiri daripada Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar Jawahir (AJ – kibod & vokal) dan Rahman Sarbani (dram).
Pemuzik undangan: Hamid Ahmad (Bes gitar) Kudin Ramly (Kibod) dan Kamrulbahrin Hussin (Perkusi)
DISKOGRAFI SWEET CHARITY
1979 – SWEET CHARITY
1980 – PELARIAN
1981 – SEJUTA WAJAH
1982 – PENUNGGU
1983 – BATU
1984 – KOLEKSI
1985 – BERITA GEMPA
1988 BEST OF SWEET CHARITY VOL 1
1992 BEST COLLECTION OF SWEET CHA
2000 SWEET CHARITY/LEFTHANDED/BLUES GANG
2002 KENANGAN DI HARI RAYA
2007 SWEET CHARITY VS BLUES GANG
2008 VCD SWEET CHARITY FATHER’S DAY CONCERT
2009 PHOTO BOOK +DVD SWEET CHARITY CONCERT AT ESPLANADE SINGAPORE
BLUES GANG terdiri daripada Ito Mohd (vokal), Shaik Abdul Karim Shaik Ahmad (dram & vokal), Jim Madasamy (bes gitar), Abdul Ghani Talip (kibod & gitar) dan Julian Mokhtar (gitar).
DISKOGRAFI BLUES GANG
1979 – ANY TIME ANY DAY
1981 – BLUES GANG
1982 – ADA LAGI
1983 – KHATULISTIWA
1984 – LIVIN’ IT UP
1985 – SAKIT SAKIT SAKIT
1986 – ZAMAN BERUBAH
1988 – MENCARI PENYELESAIAN
1998 – RIBUT PENDAMAI
Harga tiket: RM73.00 (ruang bebas)
Boleh didapati di: www.airasiaredtix.com
Hotline: 03 8775 4666
atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music