Apa sudah jadi dengan Melayu Islam hari ini? Melayu terus-terusan menjadi alat dan kuda tunggangan bangsa lain. Itupun ada Melayu yang masih tidak sedar diri! Sebagai seorang Melayu beragama Islam, sanggupkah anda menjejakkan kaki ke mana-mana majlis anjuran pihak gereja? Saya pasti anda tidak akan sanggup, biar seburuk dan serendah manapun ilmu anda sebagai seorang Islam. Jadi bagaimana dengan 12 orang yang hadir ke majlis di Gereja Methodist Damansara Utama itu? >>>>Dari blog Taiping Mali
Aku ngan Mantoya termenung lepas solat tarawih tadi...nescafe tarik dan kuih samosa terhidang atas meja pun nampak tak menyelerakan. Kami bukan pemimpin, takda kuasa apa-apa pun nak bertindak. Tapi kami rasa kejantanan kami tercabar dek isu gereja tu. Bukan apa, mengenangkan perilaku anak bangsa Melayu yang teramat jahil lagi baghal, sanggup jadi babi ternakan bangsa lain yang sah-sah mahu menjahanamkan agama dan bangsa kita. Kumpulan baghal ini sanggup menggadaikan keimanan yang tersemat dalam jiwa sejak lahir lagi, semata-mata mahu diterima sebagai rakan puak kafir yang memusuhi Islam. Kata Mantoya, kalau jentik telor dia pun dia tak marah, tapi jangan main-main pasal agama...no compromise!
Kami lahir dalam keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan terdedah kepada cara hidup kota yang serba mencabar keimanan. Kami berdua ni bukanlah alim sangat, kaki ponteng sekolah, tapi taklah bodoh sangat juga sampai sanggup jadi macam mamat 12 ekor tu. Tu yang kami sedih. Ilmu agama yang diajar dek Ustaz dan Ustazah kat sekolah dulu, tetap teguh dalam hati kami. Bab lain, boleh buat lawak. Nama nak permainkan agama, nak cuba-cuba murtadkan diri, sori gajah!
Kenapa bila isu yang melibatkan agama Islam, tidak dianggap sensitif? Padahal kalau melibatkan agama lain, bagai nak rak dibahas, beria-ia pembangkang hamuk minta kerajaan selesaikan. Dan selalunya kerajaan beralah., demi nak jaga hati mereka. Tapi kenapa agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia dipijak martabatnya sampai begitu rendah sekali oleh pembangkang di Malaysia ni? Bayangkan macam mana jika berjaya menguasai pemerintahan negara. Bagaimana nasib Melayu Islam? Jangan haraplah dapat pembelaan sewajarnya. Entah-entah jadi macam umat Islam Selatan Thai atau Selatan Filipina. Mau macam tu?
Janganlah jadi Melayu yang bodoh sangat. Kalau mereka nak raikan kita berbuka, apa perlunya dalam gereja? Bila JAIS sampai, berterabur lari ikut pintu belakang. Apa muslihatnya tu?
Kat Kolumpo ni..berlambak-lambak hotel, sebut aje nak mentedarah apa, semua ada. Takkan tak sedar, itu salah satu cara nak memesongkan pegangan agama seseorang Islam? Bangga sangat ke masuk dalam gereja tu? Atau nak sama taraf ngan Khalid Gereja? Yang aku heran, PAS pun sanggup biarkan Hasan Ali jadi Lone Ranger mempertahankan tindakannya menghentikan cubaan memurtadkan orang Islam tu. Apa gilanya puak PAS ni? Aku dah kata dulu, kalau PAS sanggup berkorban jadi penjaga kandang babi diorang pun, takkan diorang hargai. Jauh sekali la nak pandang tinggi pada kebolehan dan intelektualiti PAS. Jadi melukut di tepi gantang boleh la....
Harap Melayu Islam hari ini cepat-cepat la bertindak. Mari tentang habis-habisan anasir jahat yang cuba menghancurkan agama dan bangsa kita ni. Paling mudah ialah, jangan sekali-kali beri peluang mereka berkuasa. Tanahair ini kita punya, apa kita nak takut?




