Dipetik dari blog nota merah:
Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini. ( Erkkk...ye ker??? )
Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.
Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.
“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.
“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.
Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.
“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.
Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.
Ujang: Bongkak sungguh budak muka takde rezeki ni. Gambar kat atas tu gaya nak tunjal muka sapa pulak tu?? Tau pulak merengek bila kena sound ya. Takat kena ugut saja, apa nak gentar bro... Dia kata perbuatannya menurunkan bendera dan pijak gambar PM tu tak salah. Orang yang mengecamnya pulak yang salah. Dia anggap perbuatannya tu mulia dan bijaksana. Heran aku, macam mana UPSI didik pelajarnya sampai jadi bongkak dan kurang ajar macam ni? Apa yang tak kena dengan kurikulum di institut-institut pendidikan hingga lahir bakal-bakal guru yang baghal macam ni?
Kalau gila nak berpolitik, jadilah ahli politik, bukan jadi mahasiswa. Orang gila pun tau, mahasiswa tu tanggungjawabnya belajar, timba ilmu sebanyak mungkin. Dah tu, kalau sokong pembangkang dan memuja peliwat, jangan sekali2 gadai maruah, buat muka tak malu mempergunakan segala kemudahan dan kesenangan yang kerajaan bagi.
Apa nak jadi pada masa depan bangsa Melayu dan negara kalau ramai guru-guru macam ni? Cerdik tak tara mana, bodohnya pulak tak bertapis-tapis. Kebebasan akademik yang bagaimana mereka mahu? Adakah mereka disekat dari belajar tinggi2? Adakah mereka dihalang dari mendapat subsidi yuran dan biasiswa? Adakah mereka dihalang dari menggunakan kemudahan universiti? Yang aku tau, kerajaan tak pernah bersikap macam tu. Yang bersikap macam tu hanya kerajaan komunis DAP anti Melayu yang bercita-cita membunuh segala peluang anak-anak muda Melayu. Baik dari segi pelajaran, pekerjaan, ekonomi, budaya dan sosial. Kalau mereka perintah, nescaya Melayu jadi bangsa hina bagai haram jadah.
Sia-sia je hidup kau Adam Adli, elok-elok hidup aman damai jadi student U, kini masa depan kau gelap. Orang sibuk nak exam, kau sibuk kena bela diri ngan pihak tata tertib universiti. Jangan kau jadi macam Nuar Brahim...heret kawan2 lain dengan masalah kau. Mak bapak diorang tentunya dah kasi warning sama diorang jangan kawan dengan kau lagi. Kau budak jahat. Takda ibu bapa yang sanggup gadaikan masa depan anak diorang untuk sokong kau. Nak kerja jadi pembancuh kopi Anwarpun dah terlambat, ada dah tukang masak penjara akan tolong bancuhkan . Kau layak jadi budak pembancuh kopi Nurul Izzah je le lepas ni.
SELAMAT TAHUN BARU 2012...






