Sunday, September 23, 2012
HABIH LE KOMER, UJANG DICALONKAN BERTANDING DI PERAK!
Aku ni dah jadi rakyat Perak. Maklum le room mate aku orang sini....berhijrahlah aku ke tanah yang dulunya kaya dengan bijih timah ni. Tiap2 minggu pekena mee kari Mat Jasak kat tengah pekan Ipoh tu engko! Mantoya, ko kat Kolumpo tu aderrr?
Tapi tu bukan la cerita penting.
Yang menarik perhatian aku ialah cuaca politik di sini. Dah beberapa bulan aku perhatikan sambil aku meronda2 kawasan sekitar, sambil curi2 main mata dengan awek2 kat sini. Ater nampaknya kat sini tak la lorat macam area Lembah Pantai yang dijajah oleh Nurul Izzah. ( Hii...berbulu aku bila sebut nama sepat kering tu...) Terhibur jugak aku tengok bendera UMNO BN berkibar di merata2 tempat di Ipoh ni...kembang dada...kembang kuncup hidung aku.....
Kira tenteram la jugak Perak ni, walaupun ada dua ekor bersepupu yang agaknya "kurang kasih sayang", suka buat gempak tak pasal2 macam kita dengar baru dua tiga hari ni.. Sekor suka terseNgeh...sekor lagi suka terngaNga.. nak kata terencat akal, idak la pulak aku nampak herot tang mana2. Tapi korang tengok, bila orang2 Melayu bergabung membantah statement kurang ajor si Ngeh tu, gempak juga sekejap pekan Ipoh ari tu...
Dari yang aku pandang dan dengar, rakyat Perak ni betul2 getik kat pembangkang nih...( hehe..aku dah pandai niru bahasa orang Perak).. DAP tu memang tak masuk dalam jiwa dah. Yang lorat perasan hebat sekarang ni ialah PAS. Dema hingat Nizar tu jadi MBeruk selama 11 bulan dulu tu sebab dema kuat ker? Tak hingat, hingor bingor si Nga dan Ngeh menentang hebat pelantikannya dulu pasal PAS tak cukup kerusi? Sultan pun dilawan dema! Tu punya kurang hajor...
Elok le kita tau ya...masa PRU12 dulu tu UMNO menang 27 kerusi di Perak, PAS cuma dapat 6 kerusi, tu pun dah nak kengkang kakinya. Dema naik jadi MB pun sebab dalam perlembagaan negeri mewajibkan MB adalah Melayu beragama Islam, kalau idak.... cium asap Camry je lah si Nizar tu. Dengan Sultan, dengan rakyat, keras kapla bukan main....tapi sebenarnya terketor2 bila diherdik oleh DAP. Sempat berkuasa selama 11 bulan dulu pun habis botak hutan balak di area pedalaman Sg Siput tu ditarah dema. Samy Vellu bina jalan cantik kat situ, DAP hangkut balak turun sampai jahanam jalan2 tar tu. Tu tak kira tanah kampung baru cina yang asalnya hak Melayu disedekah pada dema waktu zaman komunis dulu, dipaksa tambah hakmilik sampai 999 tahun. Orang Melayu dapat apa? Nganga... Nizar berani bantah ker? Si Ngeh menjegil mata sambil tersengih, si Nga baru nganga sikit, PAS dah mengguling2 meraung atas jalanraya dari Bukit Kintong (KED) sampai ke Bukit Chandan. Punyalah ketor lutut dengan DAP.
Maknanya, sebenarnya dengan 27 kerusi tu UMNO di Perak ni sangatlah gagah, tak koman dari Johor dan NS. Cuma silap sikit ari tu, tah tang mana salahnya rakyat tergeliat hati sikit. Yang ni pemimpin2 UMNO dari yang atasan hinggalah ke akar umbi kena la sedor diri jugak. Pulunlah kayuh supaya jangan sampan kita ni terkaram sekali lagi. Sukalah aku nak ingatkan, ishh....bukan komer tak tau pun.....PM DS Najib dah berabih2 berusaha memenangi hati rakyat. Semangat rakyat Perak pun dah hampir pulih. Jangan komer pulak buat tergeliat. Yang penting Melayu mesti bersatu dan disatukan kembali. Tak kiralah dengan cara apa pun, Perak mesti kekal dalam tangan BN. InsyaAllah...
Aish....dedor pulak badan aku petang2 ni... Aku nak makan angin kat Taman DR Seenivasagam tu kejap, cuci2 mata. Peh tu nak singgah Kedai Rakyat 1M kat Manjoi tu ha....bapak murah barang kat situ.. Moh moh... Assalamualaikum!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Salam Bang Ujang...
ReplyDeleteSampai hati abang Ujang tak kasi tau Milah abang dah pindah ke Ipoh. Patutla lama sangat menghilang. Dah berpunya pulak tu. Tahniahlah abang Ujang. Milah doakan abang Ujang bahagia.(Walaupun hatiku terluka...)
Milah doakan abang Ujang terus menulis supaya semangat perjuangan tetap menyala di hati pembaca2 yg sayangkan abang Ujang. Milah tetap jenguk blog abang tiap2 hari... Setia menanti kehadiranmu. Salam...
Waalaikumsalam Milah...
ReplyDeleteMaafkan abang kerana menghilang diri begitu lama. Bukan abang tak mau menulis, bukan tak ingat pada peminat dan bukan juga luntur semangat perjuangan..tapi keadaan tak mengizinkan. harap Milah sentiasa mengikuti perkembangan penulisan abang ya. Kalau Milah rajin, cubalah menulis. Abang sedia membimbing setakat yang termampu. boleh email abang juga. Selamat berjaya.
amboi Ujang...ko ni kalo si Milah komen tu cepat jer ko respon ye..
ReplyDeleteAku naik berlumut nunggu respon ko hampeh..
camana pon tahniah Bro..aku pun teringin nak kawin ni. Dah dok kat Peghak tu pandai2 le ko jaga diri kat tempat orang. jangan lama sangat berenti menulis. nnt berkarat. Kesian gak Nurul Izzah takda sapa nak skodeng dia..hahaha...
Salam Anon 6.34,
ReplyDeleteterima kasih dan sori bebanyak Bro.. Gua kadang2 tak berkesempatan nak mengadap blog...terima kasih atas sokongan Bro dan kawan2 selama ini. Doakan gua sentiasa bersemangat menulis memperjuangkan kedaulatan bangsa. Teruskan perjuangan!
perjuangkan lah islam..
Deletehentikan cacian dan makian..
setiap ape yang kita tulis ni akan dipersoalkan kelak..
ingat tu..
Ujang... jangan lupe pergi sat ke tanjung rambutan. Mane le tau, lepas PRU nanti, Nijar tokak daftar masuk ke sana pulak. Kurang-kurang mengkome boleh le tau camner rupenye tanjung rambutan tu... dah membangun yob. Cuma Nijar tokak kene masuk wad yang ade kawad duri kat pagarnya, risau terlepas lari sebab nak lambai oghang je... hehe. Oh Perak Negeriku...
ReplyDeleteJang dah jadi orang perak rupenye ko...patut le lama sangat menghilang.Bila nak sampai manjung...
ReplyDeleteInsyaAllah Kak Nun..klw ada kesempatan sampai le saya ke sana...alhamdulillah Kak Nun masih ingat kat Ujang ni ya..
Deleteklw saya ke sana, boleh la kita berkenal2an..sembang2 politik tanahair....
betul tu jang..
ReplyDeletePR masih tak nak terima hakikat depa dapat banyak kerusi pun sebab orang2 umno dan atas pagar protes. Insya Allah PRU13 nanti takde dah undi protes. kat tempat aku nih, PR yang akan kena undi protes. tunggu dan lihat..