MEMBER KETAT GUA

Saturday, September 29, 2012

TENAT GILA POMPUAN NI...



Aku bukan nak komen pasal pompuan berdua ni biasa jer...gitu le best friend...eee gegar jiwa aku tengok gebu2 awek tu.

Aku ni bukan boleh sangat tengok pompuan. Cepat cayor dan timbul la belas kasihan. tapi yang ni kesian pun ada, rasa nak gigit pun ader...sebab aku hingat dia ni ada mental disorder, maka aku pun sabor je le.
Korang pun sedia tau aku memang berbulu abis kat pompuan yang satu ni. Hari ni dengan muka sadin serupa getah spender...dia boleh cakap....cey korang tengok kat bawah tu......


Memang kurang hajor, kan? Kerajaan buat macam mana pun untuk bantu rakyat, pada dia tetap tak betul.
Time bapak dia bentang bajet gila babeng punya menipu, sikit pun dia tak kata apa. mengangguk mcm itik serati tertelan guli.
Hari ni pandai2 komen pasal kerajaan nak turun cukai. Pendapatan negara naik ke turun ke..apa kau susah? Bapak kau tetap ronda kampung naik jet jugak. Yang minggu lepas tu bukan ke pompuan ni jugak yang ajak rakyat demo desak kerajaan turunkan harga kereta? Turun rega kereta bukan ke kena turunkan cukai jugak?
Apa punya baghal la pompuan ni. Tuler gaya macam bijak sangat, bijak kelentong. Dah kantoi buat donno mcm tak de apa2..
Hiii.....mintak simpang le dari jumpa pompuan macam ni ...lidah bercabang2!

Thursday, September 27, 2012

HARI NI KITA SERIUS SIKIT....KOT ADA YANG DAH LUPA...




Banyak cara kita boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara...tak payahlah menyusahkan diri berguling2 atas jalanraya, menerajang dan memukul polis, merosakkan harta awam dan mengganggu ketenteraman...kerana itu bukan bakti yang dikehendaki oleh Rakyat....
Inilah masa yang paling sesuai penyokong2 dan ahli2 Partai Melayu Pas mengadakan demonstrasi untuk mendesak ustaz nik aziz, ustaz hadi awang dan ustaz2 politik yg lain memasukkan agenda melaksanakan hukum hudud dalam manifesto PRU13...bila menang nanti boleh terus dilaksanakan dengan kadar segera. Ini boleh membuktikan bahawa Partai Melayu Pas memang ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud sebagaimana yg mereka jerit2kan selama ini melalui perjuangan politiknya ke putrajaya.
Perjuangan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara boleh dilakukan dengan apa cara pun mengikut bidang, kemahiran masing2 asalkan dibuat secara positif. Perlakuan berguling, mengamuk, menyeranah hanya menunjukkan kebodohan dan kecetekan akal serta mempamerkan keperibadian tahap rendah yg dimiliki oleh ahli2 gerombolan. Rakyat tidak kagum dgn perlakuan tersebut malah menyampah dan mentertawakan sahaja. Sia2 serban sebesar bakul, tudung litup sampai ke lutut tp dijadikan topeng dengan meraikan ideologi komunisme yang hanya mampu menghasilkan bangsa yang mundur dan menuju ke arah masa depan yang gelap. Baliklah kepada perjuangan yang sebenar, seperti yang diusahakan oleh pejuang terdahulu. Hasil perjuangan mereka terbukti telah membawa kita hidup makmur dan selamat hingga ke hari ini. Sejarah tidak menipu kita.
.

Sunday, September 23, 2012

HABIH LE KOMER, UJANG DICALONKAN BERTANDING DI PERAK!




Aku ni dah jadi rakyat Perak. Maklum le room mate aku orang sini....berhijrahlah aku ke tanah yang dulunya kaya dengan bijih timah ni. Tiap2 minggu pekena mee kari Mat Jasak kat tengah pekan Ipoh tu engko! Mantoya, ko kat Kolumpo tu aderrr?
Tapi tu bukan la cerita penting.
Yang menarik perhatian aku ialah cuaca politik di sini. Dah beberapa bulan aku perhatikan sambil aku meronda2 kawasan sekitar, sambil curi2 main mata dengan awek2 kat sini. Ater nampaknya kat sini tak la lorat macam area Lembah Pantai yang dijajah oleh Nurul Izzah. ( Hii...berbulu aku bila sebut nama sepat kering tu...) Terhibur jugak aku tengok bendera UMNO BN berkibar di merata2 tempat di Ipoh ni...kembang dada...kembang kuncup hidung aku.....
Kira tenteram la jugak Perak ni, walaupun ada dua ekor bersepupu yang agaknya "kurang kasih sayang", suka buat gempak tak pasal2 macam kita dengar baru dua tiga hari ni.. Sekor suka terseNgeh...sekor lagi suka terngaNga.. nak kata terencat akal, idak la pulak aku nampak herot tang mana2. Tapi korang tengok, bila orang2 Melayu bergabung membantah statement kurang ajor si Ngeh tu, gempak juga sekejap pekan Ipoh ari tu...

Dari yang aku pandang dan dengar, rakyat Perak ni betul2 getik kat pembangkang nih...( hehe..aku dah pandai niru bahasa orang Perak)..  DAP tu memang tak masuk dalam jiwa dah. Yang lorat perasan hebat sekarang ni ialah PAS. Dema hingat Nizar tu jadi MBeruk selama 11 bulan dulu tu sebab dema kuat ker?  Tak hingat, hingor bingor si Nga dan Ngeh menentang hebat pelantikannya dulu pasal PAS tak cukup kerusi? Sultan pun dilawan dema! Tu punya kurang hajor...

Elok le kita tau ya...masa PRU12 dulu tu UMNO menang 27 kerusi di Perak, PAS cuma dapat 6 kerusi, tu pun dah nak kengkang kakinya. Dema naik jadi MB pun sebab dalam perlembagaan negeri mewajibkan MB adalah Melayu beragama Islam, kalau idak.... cium asap Camry je lah si Nizar tu. Dengan Sultan, dengan rakyat, keras kapla bukan main....tapi sebenarnya terketor2 bila diherdik oleh DAP. Sempat berkuasa selama 11 bulan dulu pun habis botak hutan balak di area pedalaman Sg Siput tu ditarah dema. Samy Vellu bina jalan cantik kat situ, DAP hangkut balak turun sampai jahanam jalan2 tar tu. Tu tak kira tanah kampung baru cina yang asalnya hak Melayu disedekah pada dema waktu zaman komunis dulu, dipaksa tambah hakmilik sampai 999 tahun. Orang Melayu dapat apa? Nganga... Nizar berani bantah ker? Si Ngeh menjegil mata sambil tersengih, si Nga baru nganga sikit, PAS dah mengguling2 meraung atas jalanraya dari Bukit Kintong (KED) sampai ke Bukit Chandan. Punyalah ketor lutut dengan DAP.

Maknanya, sebenarnya dengan 27 kerusi tu UMNO di Perak ni sangatlah gagah, tak koman dari Johor dan NS. Cuma silap sikit ari tu, tah tang mana salahnya rakyat tergeliat hati sikit. Yang ni pemimpin2 UMNO dari yang atasan hinggalah ke akar umbi kena la sedor diri jugak. Pulunlah kayuh supaya jangan sampan kita ni terkaram sekali lagi. Sukalah aku nak ingatkan, ishh....bukan komer tak tau pun.....PM DS Najib dah berabih2 berusaha memenangi hati rakyat. Semangat rakyat Perak pun dah hampir pulih. Jangan komer pulak buat tergeliat.  Yang penting Melayu mesti bersatu dan disatukan kembali. Tak kiralah dengan cara apa pun, Perak mesti kekal dalam tangan BN. InsyaAllah...

Aish....dedor pulak badan aku petang2 ni... Aku nak makan angin kat Taman DR Seenivasagam tu kejap, cuci2 mata. Peh tu nak singgah Kedai Rakyat 1M kat Manjoi tu ha....bapak murah barang kat situ.. Moh moh... Assalamualaikum!

GAJI SERINGGIT PON BOLEH PAKAI JET PERIBADI?



Heran tahap cipan aku camana punahsihat ekonomi negeri Selangor yg bergaji sehengget sebulan ni boleh pakai jet peribadi mewah. Kalau nak kira gaji aku dekat 5 ribu kali ganda dari mamat ni. Usahkan nak beli jet peribadi, nak beli jet ski pun aku tak mampu.
Mana datangnya duit dia sampai banyak tu? Aku sangka baik je la...mungkin dia menabung sejak bayi lagi ni....kan..kan...tak baik ngumpat memalam nih..

Tapi si Mantoya ni mati2 tak puas hati... Dia nak tau jugak camana bekas banduan ni kaya giler babeng sampai boleh bina rumah bungalow harga 6 juta, pakai kereta2 mewah, beli trailer bus, pakai private jet pulak baru2 ni. Sedangkan hakikatnya dia penganggur. Mantoya suspect dia ni dibela dek sugar daddy. Perghh! Sugar daddy? Si buta perut mana la yang tergamak nak jadikan bekas banduan yang dah nak reput ni sebagai kekasih gelap?       Lantak kaulah Mantoya.

Kita nilailah sendiri. Dia tuduh kerajaan tipu rakyat, bazirkan duit rakyat. Dia yang kaya raya tu bagi kita apa? Yang aku tau, menyusahkan, memporak perandakan rakyat ada laaa...

Nampaknya semua benda yang dia idamkan dalam dunia ni dia dah dapat. Nak jam Omega, nak jet peribadi, nak amoi cantek...semua dia dapat. Yang tak dapat sampai dia tumpor ialah nak jadi Perdana Menteri....huhu...malam sikettt...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...