MEMBER KETAT GUA

Wednesday, April 24, 2013

KUALA KANGSAR : ADA BRAN?

 
 
 
 
Anda pernah makan laksa Kuala Kangsar? Fuh…satu2nya laksa tepung gandum di dunia. Memang sedap takda tandingannya. Semalam aku singgah kat Persisiran Sayong, patut la terkenal sangat.. sedap betul isi laksanya. Sambil sruppp..sruppp menghirup kuah laksa, aku main2 mata dengan sorang awek manis tu.. Jeling punya jeling…Tersedak aku bila dikabo dek Jalil Bomba, awek tu anak sedara Yop Conan…idak le aku berani bila terbayangkan besornya tapak tangan Yop Conan tu wehh! Lepas makan, aku ajak Jalil blah cepat2…lupakan. Lupakan awek tu… moh kita ke Kuala pulak..

Kita cerita pasal PRU13 pulaklah ye….

Jom kita ke Kuala Kangsar Bandar DiRaja yang sangat indah. Korang pergilah ke mana-mana pun pasti tak boleh lawan bila teringatkan kedamaian, kelazatan makanannya; gulai tempoyak, cendol dan laksa lembah, popia Hasan, satay Pak Manap, serta ramah tamah penduduknya. Kuala Kangsar punyai kelas yang tersendiri, kalau sebut kita berasal dari Kuala Kangsar, tak kiralah dari kampung manapun, pastinya ada rasa kagum pada orang yang mendengarnya. Ada kelasss gitu…
 

Parlimen Kuala Kangsar  diwakili oleh calon BN YB Dato Wan Mohamad Khairil Anuar, ajak jati Bukit Chandan, Kuala Kangsar akan menentang Idham Lim (Pas) dan Kamilia Ibrahim (Bebas). Seorang profesional, arkitek berjaya tetapi sangat merendah diri dan berjiwa rakyat. Tak heranlah kalau rakyat tak berapa kesah bila parti pembangkang berebut nak menguasai Kuala Kangsar, kerana mereka tahu pembangkang sangka budi bahasa, sopan santun rakyatnya boleh dijualbeli dengan janji manis dan manifesto palesu. Mereka sangat sedar semuanya dipalsukan demi meraih sokongan dan untuk mendapat kuasa.

Idham Lim, pelarian Titi Serong, dan Kamilia pula sekuntum bunga yang merajuk, cuba memperjudikan nasib mereka di Kuala Kangsar. Tapi pertandingan tiga penjuru ini nampaknya tidak sedikitpun menggoyahkan kesetiaan rakyat Kuala Kangsar terhadap calon Barisan Nasional, Dato’ Wan.
 
 

Sebelum ini, Dato’ Wan mewakili DUN Bukit Chandan, reputasi beliau amat baik dan beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan. Rakyat merasakan takda sebab langsung mereka hendak memilih pembangkang. Rakyat Kuala Kangsar yang selama ini gembira  menikmati  kemajuan yang tumbuh pesat dan makmur, akan terus memilih Dato’ Wan, kata mereka. Tambah pula reputasi buruk yang mereka dengar dari penduduk Titi Serong tentang Idham Lim, hanya mampu letak kerusi batu untuk menunjukkan ‘keberadaan’nya di kawasan itu dulu. Rakyat Titi Serong diabaikannya hingga ramai yang menyumpah2..

“Eyyy!...sebut pun tak harusss.. Idak le Pan nak ngundi Pas.. Bebas pun Pan tak sior! Dato’ Wan tu dari kalau datang ke rumah Pan, dia buat macam rumah sendiri..baik bebenor budaknya…jenuh dah Pan makan rahmatnya..”, kata Pan Timah, orang lama Bukit Chandan.  ( ‘Pan’ tu ialah panggilan orang Kuala Kangsar dulu2 untuk nenek, atau orang tua2..)
 

Kita yakin teramat yakin, personaliti dan populariti Dato Wan yang selama ini dikagumi oleh rakyat Kuala Kangsar akan terus mengatasi kedua2 calon pembangkang ini. Bila dicalonkan di peringkat parlimen, seluruh rakyat Kuala Kangsar, termasuk Manong, Kota Lama Kanan Kiri depan belakang..…semuanya bersorak gembira. “Kami pun nak merasa meriah macam orang Chandan, kami nak Dato’ Wan!”, kata mereka..
Ater....apa lagi komer...moh kita pangkah ler....
 
 

Tuesday, April 23, 2013

ABISLAH KORANG KENA JEL KAT GUATANAMO

Menggigil misai gua dengar laporan ni.Dengar cerita dia buat gempak ni kat ceramah dia di Changkat Jering. Ala tempat kazen gua....si Hajar Cyber



Bukan gua menggigil takut beb. Menggigil tahan gelak.
Pada 6 Mei ni ramai ler yg bakal kena sumbat dalam jel kalau Bang Non jadi PM. KALAU, gua cakap, KALAU! Muahahaha! ( Ish...tak baik gelak gituuu)
Sesiapa saja yang menentang dia sebelum ini, akan dicop PENJAHAT dan mesti dipenjarakan bila PR berkuasa. Yang dah disebut2nya ialah Pengarah TV3. Huish!!
Abis, Bang Non sekarang memang sah2 ikon penjahat, tak pulak kita buta-buta penjarakan. Dok dalam penjara pun kita kasi lepas. Dah lepas dari jel, boleh buat kerja part time berlakon video cinadul, nyanyi karoke pokok goyang2...fitnah kerajaan, hasut rakyat, kawtim2 dgn geng Suluk, dengan Yahudi....giteww...

Belum election lagi ko dah poyo....main ugut2...berlakon2 beri ucapan sebagai PM ke7...ko giler kehaper?

Sunday, April 21, 2013

PENGUNDI KUALA KANGSAR SUDAH PULIH DARI KEJUTAN

 
 
 

Gugur sekuntum bunga tak hilang seri seluruh taman. Itulah yang sedang berlaku di Kuala Kangsar sekarang. Nampaknya rakyat dah hilang dari rasa terkejut.  Ah, bukannya terkejut sangat pun.  “Awww…anjatt Boboi…,” camtu jer lebih kurang ayatnya.
Yang rakyat lebih terkejut ialah keanggupan Kamilia berpaling tadah meninggalkan parti. Namun untuk setuju dengan tindakan beliau, tidak sama sekali. Memastikan kemenangan parti lebih utama kata mereka. Rakyat masih hairan kenapa Kamilia masih tak puas hati dengan kedudukan yang ditawarkan oleh PM. Agak2lah sikit kalau nak demand pun. Ah, kalau ikut sejarah pun uhh uhhh…

Calon yang dipilih oleh PM sangat memenuhi citarasa rakyat. Dato’ Wan Mohd Khairil Anuar. Sangat ‘hemoi’ dengan rakyat. Sangat dikenali. BoIeh bertampar2 bahu, bro... Kerja pun kuat. Itu yang rakyat mahu. Bukan calon yang tidak sanggup merendahkan martabat diri untuk berdamping dengan rakyat. Maklumlah, bukan semua rakyat Kuala Kangsar berjawatan tinggi jadi loyer atau majistret!
 
 

Yang menariknya pulak, Pas Kuala Kangsar cuba mengambil kesempatan memutar alam, menakut2kan pengundi dengan mengatakan Kamilia adalah saingan hebat yang perlu ditentang dan diberi perhatian serius...  Bagus, bagus! Korang pulun la habis2an, memfitnah dan memomokkan benda yang tidak2 pasal calon Bebas tu.. Yang takda pun korang kasi ada. Mudah2an usaha puak Pas ni dapat membantu BN menang bergaya di Kuala Kangsar. Pulun bro, pulun…

Gua chow dulu!

KUALA KANGSAR: KAMILIA TOLAK TAWARAN MENTAH2, BUKAN SAJA2 DITENDANG KELUAR


 
 
Sejak penamaan calon, cubaan memecahbelahkan rakyat Kuala Kangsar oleh kakak kita yang seorang ni amat menjelekkan.

Sapa kata dia dipinggirkan? Sapa kata? Sapa kata?
Sila baca sini, apa PM kata:

Bukankah dia ditawarkan DUN Bukit Chandan yang glamer dan Exco Kerajaan Negeri oleh PM? Nampaknya ketamakan dan sikap pentingkan diri mengatasi segalanya.

Apa makna perjuangan melebihi 20 tahun selama ini kalau tidak boleh bertolak ansur demi kemenangan parti? Bukankah kemenangan parti lebih utama bagi setiap pejuang sejati?

Tindakan Kamilia membiarkan penyokongnya memaki hamun calon BN di laman facebook, amat menjelekkan. Bahkan merosakkan nama baiknya sendiri. Rakyat Kuala Kangsar yang mulanya bersimpati, mulai marah dengan tindakan bodohnya itu. Rakyat tidak mau parti dirosakkan oleh pejuang palsu yang tamak, yang membelakangkan kepentingan parti untuk dirinya sendiri.

 
 

Seluruh rakyat Kuala Kangsar memang maklum, Dato' Wan Mohamad Khairil Anuar adalah calon yang paling layak menerajui kepimpinan BN di Bandar DiRaja Kuala Kangsar.  Udah la segak, cool, ambil berat hal ehwal rakyat, anak jati dari Bukit Chandan. Pendek kata, beliau mempunyai latar belakang pendidikan, dan personaliti yang amat baik. Bukan aku nak muji buta-buta...korang tengoklah sendiri.. Kalau sengaja nak cari-cari kelemahan beliau dengan tujuan untuk menjatuhkan, sori gajah la beb…

 
p/s: Ujang ada dengar soksek soksek..mengatakan Kamilia ni rupanya member ketat Ambiga...maklum le sama2 loyer... Korang dah boleh agak apa hubungan mereka kan? Eh…bukan la hubungan gepren dengan gepren…ishhh korang ni lahh….

Saturday, September 29, 2012

TENAT GILA POMPUAN NI...



Aku bukan nak komen pasal pompuan berdua ni biasa jer...gitu le best friend...eee gegar jiwa aku tengok gebu2 awek tu.

Aku ni bukan boleh sangat tengok pompuan. Cepat cayor dan timbul la belas kasihan. tapi yang ni kesian pun ada, rasa nak gigit pun ader...sebab aku hingat dia ni ada mental disorder, maka aku pun sabor je le.
Korang pun sedia tau aku memang berbulu abis kat pompuan yang satu ni. Hari ni dengan muka sadin serupa getah spender...dia boleh cakap....cey korang tengok kat bawah tu......


Memang kurang hajor, kan? Kerajaan buat macam mana pun untuk bantu rakyat, pada dia tetap tak betul.
Time bapak dia bentang bajet gila babeng punya menipu, sikit pun dia tak kata apa. mengangguk mcm itik serati tertelan guli.
Hari ni pandai2 komen pasal kerajaan nak turun cukai. Pendapatan negara naik ke turun ke..apa kau susah? Bapak kau tetap ronda kampung naik jet jugak. Yang minggu lepas tu bukan ke pompuan ni jugak yang ajak rakyat demo desak kerajaan turunkan harga kereta? Turun rega kereta bukan ke kena turunkan cukai jugak?
Apa punya baghal la pompuan ni. Tuler gaya macam bijak sangat, bijak kelentong. Dah kantoi buat donno mcm tak de apa2..
Hiii.....mintak simpang le dari jumpa pompuan macam ni ...lidah bercabang2!

Thursday, September 27, 2012

HARI NI KITA SERIUS SIKIT....KOT ADA YANG DAH LUPA...




Banyak cara kita boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara...tak payahlah menyusahkan diri berguling2 atas jalanraya, menerajang dan memukul polis, merosakkan harta awam dan mengganggu ketenteraman...kerana itu bukan bakti yang dikehendaki oleh Rakyat....
Inilah masa yang paling sesuai penyokong2 dan ahli2 Partai Melayu Pas mengadakan demonstrasi untuk mendesak ustaz nik aziz, ustaz hadi awang dan ustaz2 politik yg lain memasukkan agenda melaksanakan hukum hudud dalam manifesto PRU13...bila menang nanti boleh terus dilaksanakan dengan kadar segera. Ini boleh membuktikan bahawa Partai Melayu Pas memang ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud sebagaimana yg mereka jerit2kan selama ini melalui perjuangan politiknya ke putrajaya.
Perjuangan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara boleh dilakukan dengan apa cara pun mengikut bidang, kemahiran masing2 asalkan dibuat secara positif. Perlakuan berguling, mengamuk, menyeranah hanya menunjukkan kebodohan dan kecetekan akal serta mempamerkan keperibadian tahap rendah yg dimiliki oleh ahli2 gerombolan. Rakyat tidak kagum dgn perlakuan tersebut malah menyampah dan mentertawakan sahaja. Sia2 serban sebesar bakul, tudung litup sampai ke lutut tp dijadikan topeng dengan meraikan ideologi komunisme yang hanya mampu menghasilkan bangsa yang mundur dan menuju ke arah masa depan yang gelap. Baliklah kepada perjuangan yang sebenar, seperti yang diusahakan oleh pejuang terdahulu. Hasil perjuangan mereka terbukti telah membawa kita hidup makmur dan selamat hingga ke hari ini. Sejarah tidak menipu kita.
.

Sunday, September 23, 2012

HABIH LE KOMER, UJANG DICALONKAN BERTANDING DI PERAK!




Aku ni dah jadi rakyat Perak. Maklum le room mate aku orang sini....berhijrahlah aku ke tanah yang dulunya kaya dengan bijih timah ni. Tiap2 minggu pekena mee kari Mat Jasak kat tengah pekan Ipoh tu engko! Mantoya, ko kat Kolumpo tu aderrr?
Tapi tu bukan la cerita penting.
Yang menarik perhatian aku ialah cuaca politik di sini. Dah beberapa bulan aku perhatikan sambil aku meronda2 kawasan sekitar, sambil curi2 main mata dengan awek2 kat sini. Ater nampaknya kat sini tak la lorat macam area Lembah Pantai yang dijajah oleh Nurul Izzah. ( Hii...berbulu aku bila sebut nama sepat kering tu...) Terhibur jugak aku tengok bendera UMNO BN berkibar di merata2 tempat di Ipoh ni...kembang dada...kembang kuncup hidung aku.....
Kira tenteram la jugak Perak ni, walaupun ada dua ekor bersepupu yang agaknya "kurang kasih sayang", suka buat gempak tak pasal2 macam kita dengar baru dua tiga hari ni.. Sekor suka terseNgeh...sekor lagi suka terngaNga.. nak kata terencat akal, idak la pulak aku nampak herot tang mana2. Tapi korang tengok, bila orang2 Melayu bergabung membantah statement kurang ajor si Ngeh tu, gempak juga sekejap pekan Ipoh ari tu...

Dari yang aku pandang dan dengar, rakyat Perak ni betul2 getik kat pembangkang nih...( hehe..aku dah pandai niru bahasa orang Perak)..  DAP tu memang tak masuk dalam jiwa dah. Yang lorat perasan hebat sekarang ni ialah PAS. Dema hingat Nizar tu jadi MBeruk selama 11 bulan dulu tu sebab dema kuat ker?  Tak hingat, hingor bingor si Nga dan Ngeh menentang hebat pelantikannya dulu pasal PAS tak cukup kerusi? Sultan pun dilawan dema! Tu punya kurang hajor...

Elok le kita tau ya...masa PRU12 dulu tu UMNO menang 27 kerusi di Perak, PAS cuma dapat 6 kerusi, tu pun dah nak kengkang kakinya. Dema naik jadi MB pun sebab dalam perlembagaan negeri mewajibkan MB adalah Melayu beragama Islam, kalau idak.... cium asap Camry je lah si Nizar tu. Dengan Sultan, dengan rakyat, keras kapla bukan main....tapi sebenarnya terketor2 bila diherdik oleh DAP. Sempat berkuasa selama 11 bulan dulu pun habis botak hutan balak di area pedalaman Sg Siput tu ditarah dema. Samy Vellu bina jalan cantik kat situ, DAP hangkut balak turun sampai jahanam jalan2 tar tu. Tu tak kira tanah kampung baru cina yang asalnya hak Melayu disedekah pada dema waktu zaman komunis dulu, dipaksa tambah hakmilik sampai 999 tahun. Orang Melayu dapat apa? Nganga... Nizar berani bantah ker? Si Ngeh menjegil mata sambil tersengih, si Nga baru nganga sikit, PAS dah mengguling2 meraung atas jalanraya dari Bukit Kintong (KED) sampai ke Bukit Chandan. Punyalah ketor lutut dengan DAP.

Maknanya, sebenarnya dengan 27 kerusi tu UMNO di Perak ni sangatlah gagah, tak koman dari Johor dan NS. Cuma silap sikit ari tu, tah tang mana salahnya rakyat tergeliat hati sikit. Yang ni pemimpin2 UMNO dari yang atasan hinggalah ke akar umbi kena la sedor diri jugak. Pulunlah kayuh supaya jangan sampan kita ni terkaram sekali lagi. Sukalah aku nak ingatkan, ishh....bukan komer tak tau pun.....PM DS Najib dah berabih2 berusaha memenangi hati rakyat. Semangat rakyat Perak pun dah hampir pulih. Jangan komer pulak buat tergeliat.  Yang penting Melayu mesti bersatu dan disatukan kembali. Tak kiralah dengan cara apa pun, Perak mesti kekal dalam tangan BN. InsyaAllah...

Aish....dedor pulak badan aku petang2 ni... Aku nak makan angin kat Taman DR Seenivasagam tu kejap, cuci2 mata. Peh tu nak singgah Kedai Rakyat 1M kat Manjoi tu ha....bapak murah barang kat situ.. Moh moh... Assalamualaikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...